Salam, saya Norashida Abd Rahman!
Saya adalah seorang ahli farmasi bertauliah yang amat teruja dengan dunia kesejahteraan semula jadi. Sebagai pengasas Jernéh Botanica, saya menggabungkan pengetahuan farmasi dengan manfaat sumber alam semula jadi untuk mencipta produk penjagaan kulit yang selamat, berkesan, dan lembut. Saya percaya bahawa kecantikan sebenar datang dari dalam, dan itulah falsafah yang dibawa dalam setiap produk yang saya hasilkan.
Perjalanan Saya ke Arah Kesejahteraan Semula Jadi
Perjalanan saya dalam dunia kesihatan semula jadi bermula apabila saya menyedari bagaimana sumber alam semula jadi dan penyelesaian farmaseutikal adalah saling melengkapi. Saya percaya bahawa dengan menggunakan ramuan semula jadi seperti minyak pati dan herba, kita boleh mencapai kesihatan dan kecantikan yang lebih menyeluruh. Melalui Jernéh Botanica, saya berusaha mendidik orang ramai tentang cara menggabungkan solusi semula jadi ini dalam rutin harian mereka, dengan cara yang mudah dan berkesan.
Komitmen Terhadap Pengasuhan Alami.
Sebagai seorang ibu, saya sangat percaya kepada konsep keibubapaan semula jadi. Saya dilatih secara professional untuk melatih secara praktikal kaedah penyusuan susu ibu, membantu dan membimbing para ibu yang ingin menyusukan bayi secara semulajadi .
Selain itu, saya juga terlatih untuk mengajar gendongan bayi serta memberikan panduan teknik gendongan anak dengan betul. Saya percaya bahawa melalui pengetahuan dan sokongan yang tepat, ibu bapa dapat membuat pilihan yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Membantu ibu bapa membina keyakinan dalam perjalanan keibubapaan adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi saya.
Jernéh Botanica: Kecantikan, Sains, dan Alam Semula Jadi
Sebagai formulator Jernéh Botanica, misi saya jelas: membantu anda menyerlahkan kecantikan semula jadi anda dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat dan efektif. Setiap produk Jernéh Botanica diformulasi secara saintifik dan dihasilkan agar ia bukan sahaja selamat tetapi juga memberikan hasil yang terbaik untuk kulit anda. Saya percaya kecantikan yang sebenar datang dari keseimbangan antara tubuh, minda, dan emosi – dan produk Jernéh adalah sebahagian daripada perjalanan itu.
Misi Saya untuk Inspirasi dan Gaya Hidup Sihat
Dalam dunia yang sarat dengan maklumat, saya mahu menjadi sumber inspirasi untuk mereka yang ingin membuat pilihan yang lebih bijak dalam penjagaan diri, keibubapaan, dan kesejahteraan harian. Melalui Jernéh Botanica dan platform ini, saya berharap dapat berkongsi ilmu yang sahih dan berasaskan sains agar lebih ramai orang dapat menikmati kecantikan dan kesejahteraan semula jadi.
Mari kita mulakan perjalanan ini bersama-sama – untuk tubuh yang lebih sihat, kulit yang lebih cantik, dan kehidupan yang lebih seimbang.
Jerneh Face Oil is a lightweight moisturizing oil infused with powerful botanical extracts to soothe, brighten, and rejuvenate your skin, unveiling a natural, radiant glow.
Discover the secret to a natural, radiant glow with our lightweight face oil, enriched with botanical extracts that soothe, brighten, and rejuvenate—your skin’s new favorite ritual.